Ads Nuffnang

Produk apa anda nak, sila taip di sini

Thursday 26 September 2013

Permulaan Terbaik


 Assalamualaikum w.b.t,



Alhamdulillah tertubuhnya satu blog baru yang mana saya buka khas untuk produk DCL, terfikir akan inisiatif ini bila saya sendiri rasa blog lama dah jadi macam rojak kerana dah terlalu banyak cerita terutama catatan peribadi.

Keduanya kerana saya sendiri adalah stokis DCL sejak tahun 2009, maka langkah ini saya ambil setelah banyak kali berfikir untuk tingkatkan kembali aura DCL yang dah lama suam-suam kuku dalam diri saya.

Ketiga, sebagai asas yang kukuh dalam bidang perniagaan dan juga landasan yang betul untuk terus menambah pendapatan kepada diri dan keluarga juga kepada masyarakat umumnya.
Lagi, membuka peluang untuk saya dan orang sekeliling menambah nilai hidup dari segi kesihatan, semangat bekerjasama di antara yang lain, ukhwah silaturahim makin kuat dari saling tidak mengenali kepada menjadi satu keluarga yang besar.

Semoga Allah permudahkan urusan penubuhan blog perniagaan ini dan diharapkan sedikit sebanyak blog ini dapat membantu anda pembaca dan mereka di luar sana yang dalam proses mencari produk kesihatan yang baik, halal, keluaran bumiputra.

Sekian

No comments:

Post a Comment